Sunday 23 December 2012

Mie & Nana Engagement day

Assalamualaikum 24/12/12..
Whoaa.. ini hari sudah genap enam bulan lapan ari aku bergelar tunangan orang..
Syukran Ya Allah kerana memanjangkan usia perhubungan ini.. Setapak lagi menghampiri alam perkahwinan.. Ouchh...! Biar mereka kata aku tidak punya cita-cita yang besar.. Biar mereka kata cinta aku dan dia mainan semata.. Biarkan mereka berbicara.. Biar mereka berkata apa sahaja yang dikehendaki.. Persetankan mereka yang terasa (saat membaca nukilan ini).. Ternyata walau apa pun yang dikatakan.. Walau apapun anasir luar mahupun dalam yang mendatang.. kami tabah menempuhi pelbagai rintangan bersama. Yang penting aku dan dia tahu nawaitu terhadap hubungan ini dan we'll achieve our target soon.

Intro sikit...
Usia perkenalan, persahabatan dan percintaan yang hampir mencecah 9 tahun yakni dari tahun 2004-2012 kini bermula secara serius genap tanggal 16 Jun 2012.. Tali yang dulunya kerap terlerai.. Tali yang longgar iktannya kini terikat kemas dan teguh.. Syukur kepada yang Maha Esa kerana mengatur proses dan perjalanan hubungan ini dengan penuh sistematik, tempoh selama 9 tahun itu sudah cukup utk kami melangkah ke alam yang baru.. Segala pengalaman di jadikan sebagai pengajaran.. Pengajaran itu juga membuatkan kami lebih teguh dan matang untuk menempuh dugaan yang lebih mencabar selepas ini... Insya'aallah, .. Ok lah.. Nakmo cakap panjang2.. 

Just wanna share some picture during the engagement day on June 16, 2012

Making up my face.. -_-" 


Set up sanggui unta.. thanks Kak Hanie from D'cinnamon Bridal
(mak andam paling riuh skali.. orang utara lah katakan :)


Ketibaan Rombongan Cik Kiah..
 (beratur murid2.. bawak elok2 hantaran ni.. penat cik kiah gubah sendiri)

Zalmi Zin & Fitri Zin
Brotherhoods..! (Poor because both of them unavailable anymore.. sorry u olls)


Salam2 bakal busu (Yusri Abu Samah), mak usu dan keluarganya ye encik zalmie
Nun di import dari senawang

Sabar menanti (He was thinking bout the amount of hantaran.. Redho)

Alhamdulillah Pinangan Diterima 
*senyum tak perlu kata apa-apa*

Tu dienn.. Sejak bila pulekss dagu patik berlekuk nihh? ughh..
Manis santun di atas pelamin pada hari pertunangan kuu..
lalalalaa~

Credit to Kak Hanie and the team from D'cinnamon Bridal Boutique
(Located in Waterfront Ampang)

Dari kerana mata...Lalalala~ (the most perfect pic for that day)

Slimnyaa daku... kini tidak lagii.. huuu~ menangis selagu
T__T

She's mine katanyaaa~ dush dush dush

Look at my ring..! omaigadd... I dah tunang u ollssss~ 
opss.. No entry for other guys anymore

Munge munge chenta

Beloved cousin (Siti Suriani & zalmie's fiancee)

Puak-puak tingkatan enam dari Smk.Sultan Abdul Aziz Shah - Kajang
(Aqidah, Aini and the only one my labu Syazwan Nordin-Photogrpher)

 My Bestfriend forever! 2002-2012 #ShafiqaYusof


kegilaan itu senantiasa milik kami
(abang yong, kak yong abg mie & nana)

Kami the tembun's gang.. original import from Aloq Staq

 Bakal Family Mertua.. Bakal sepupu sepapat.. Bakal fruitti child.. Bakal sedara mara.. 
Ehh senang cakap semua ade lah!

 Menu ringkas: Bihun Goreng Singapura, Bubur pulut hitam, Cendol, Teh Tarik, a few kuih muih traditional made by my mom. 
Fit to hi-tea concept.

Bakal anak buah/sepupu barangkali? :p

Tu dienn patik diapit oleh miss2 universe sekalian: Nana, Najwa, Ida and Najdah

Kite orang dah tunang. Kau hado? 

Credit to photographer. I don't even recognize taken by who.. hehe

Edited by Fazida.. thx! 



Happy Engagement Day Syazana & Zalmie
yeaayy.. !

  


Thursday 22 November 2012

Rumah Tangga Ditengah Jalan Raya?



WENLING, China - Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang di sini.
Bangunan itu tidak diruntuhkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah.
Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut. Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah. Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, jalan raya tersebut masih belum dibuka secara rasmi-Agensi

Tuesday 20 November 2012

SLAM


Kumpulan Slam adalah salah sebuah kumpulan lama yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori `growth`, di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani, Shah, Man, Eddie, Lili dan Ajak tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul `Kesan Terbukti`. Album ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu dengan 4 lagu berada di kedudukan teratas carta Muzik Malaysia dan Indonesia seperti Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin. Kemudian mereka terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa Getarnya,Rindiani dan lagu malar segar Gerimis Mengundang.


Kumpulan Slam diasaskan oleh Shah Nizam Abdul Halim, bekas anggota kumpulan Exists. Diatas komitmennya sendiri, Slam telah ditubuhkan pada awal tahun 1991 di Johor Bahru. Shah yang bertindak sebagai ketua kumpulan memberitahu kegagalan beliau bersama Exist pada waktu itu telah menjadi inspirasi ke arah terbentuknya Slam. Dia mengajak teman lamanya iaitu Razak Bajuri, Osman Khalid dan Lili Masrani berjuang bersama atas dasar semangat setiakawan yang utuh. 

Sewaktu rakaman album pertama mereka pada 1992 telah berjalan Shah Nizam terpaksa mengetepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagi ‘Nina` ciptaan Rahim Othman. Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production yang kini dikenali sebagai Johan Music. Mereka akhirnya ditemukan dengan pemuda asal Keramat, Kuala Lumpur Zamani Ibrahim yang pada ketika itu berusia 22 tahun. Keunikan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Berbekalkan bakat semulajadi dan seraut wajah kekanak-kanakan, Zamani dijangka boleh membuat peminat tidak puas memandangnya.

Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanahair. Malahan penyanyi itu mempunyai sifat malu yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di pentas dengan ketua kumpulan mereka, Shah. Menurutnya, dia banyak belajar tentang bagaimana cara menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi. Dia juga cukup menghormati Shah kerana baginya Shah mempunyai kebolehan luar biasa yang jarang dipunyai oleh sesetengah pemuzik lain. Hal ini berlaku mungkin kerana pengalaman Shah yang cukup luas dalam muzik malah berprinsip tinggi. Kriteria itu juga yang menyebabkan seluruh anggota Slam bersetuju memilihnya sebagai ketua kumpulan walaupun jika dihitung dari sudut umur, Shah adalah kumpulan yang paling muda.

Kemuncak Populariti (1995 - 1999)
Tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dalam usia setahun jagung penubuhannya, Slam telah Berjaya mengumpul peminatnya sendiri. Album kedua mereka Kesan Terbukti telah berjaya meletakkan kumpulan ini sebaris dengan kumpulan-kumpulan muzik gergasi tanahair dari segi jualan, kualiti dan populariti. Album ini telah meledak dipasaran sekaligus nama Slam tiba-tiba sahaja menjadi sebutan dikalangan peminat muzik tempatan sementara di Indonesia, album ini dipasarkan dengan judul Tak Mungkin Berpaling. Lebih membanggakan apabila lima single di dalam album ini berjaya menguasai carta radio seluruh Nusantara. LaguKembali TerjalinTak Mungkin BerpalingNur Kasih, dan Bukan Niat Membalas Derita merupakan rangkaian lagu-lagu hits nombor satu petikan album ini. Sementara lagu Manisnya Rindu juga memberi impak tersendiri. Album ini menjadi antara album terbanyak melahirkan single di kedudukan nombor satu di Malaysia dan Indonesia. Ramai menyifatkan lagu Tak Mungkin Berpaling pula merupakan lagu yang mencerminkan identiti muzik yang diperjuangkan oleh Slam. Segalanya berbaloi apabila album ‘Kesan Terbukti’ mencecah angka 300,000 unit di pasaran Malaysia & Singapura dan terjual lebih 500,000 unit di Indonesia. Ini telah melayakkan Slam menerima anugerah platinum berkembar dari syarikat rakaman mereka.

Slam seterusnya mengeluarkan album kompilasi Terbaik Slam pada penghujung 1995 sebagai bekal sementara pembikinan album ketiga mereka. Ternyata ketiga-tiga lagu bonus petikan album kompilasi tersebut mengungguli carta, terutama sekali lagu Gerimis Mengundang yang menjadi lagu paling popular pada tahun 1996 sehingga pernah dirakam dalam 24 versi saduran oleh penyanyi pelbagai negara dan bahasa serta layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Lagu ciptaan Saari Amri ini menjadi antara lagu Melayu paling masyhur dalam sejarah muzik Nusantara. Terdapat parodi dan filem yang diterbitkan berdasarkan lagu ini. Dua buah lagi lagu yang hits petikan album yang terjual lebih 200,000 unit ini ialah Kurnia dan Jalan Keindahan. Menerusi album ini Zamani Ibrahim diiktiraf oleh Anugerah Industri Muzik sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album (Lelaki).

Album Kembali Merindu telah berada dipasaran pada pertengahan tahun 1996. Dalam album ini, Slam telah membuat pembaharuan yang drastik kearah memantapkan lagi muzik mereka. Mereka mulai sedar dimana ‘target’ Slam untuk mencapai tahap tertinggi dalam industri muzik sudah semakin hampir untuk digapai. Hasilnya mereka meraih kejayaan sekali lagi menerusi single popular seperti Jika Kau Rasa GetarnyaKita Terpaksa Bermusuhan dan Kembali Merindu. Album ini juga terjual lebih 250,000 unit di Malaysia dan 400,000 unit di Indonesia. Mengekori kejayaan ini ialah rangkaian konsert-konsert yang dijayakan oleh Slam. Mereka pernah mengadakan Konsert Unplugged 1996 dan Live in Singapore pada tahun 1997 yang dikenali kerana membawa kejayaan besar hingga memberikan kejayaan apabila diiktiraf dengan anugerah khas Kembara di Anugerah Industri Muzik ke-5 pada tahun 1998.

Pada tahun 1998 juga, Slam muncul dengan album Dalam Harapan dengan sedikit pembaharuan demi memastikan piawaian mutu terjaga. Album ini mempertaruhkan single Mentari Muncul Lagi yang meledak pada tahun ini. Ketika ini Slam sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perfileman dengan pelawaan jutawan filem Yusof Haslam untuk beraksi dalam Bara serta sebuah lagi filem yang tidak disiapkan berjudul Cindai Asmara. Kerana agak lari fokus, album ini tidak begitu mengujakan peminat tambahan persaingan daripada kumpulan baharu seperti Spoon dan Def Gab C. Pun begitu, AIM mengiktiraf album ini apabila tercalon dalam kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6 pada tahun 1999.

Pada tahun 1999, penyanyi utama mereka pula dikaitkan dengan masalah disiplin dan kesihatan. Zamani memberi bayangan akan meninggalkan Slam sehingga membuatkan ramai peminat tidak puas hati. Slam membuat kemunculan terakhir bersama Zamani menerusi album kompilasi Best Of Slam pada tahun 1999 dan popular menerusi single nombor 1 berjudul Rindiani. Pada penghujung tahun 1999 Slam secara rasmi direhatkan seketika apabila Zamani keluar dan Shah pula sebagai ketua kumpulan bertindak menyertai kumpulan lagenda Search untuk album Selepas Banjir.

Dalam Harapan (2003 - kini)
Setelah agak lama berkubur dan Zamani telahpun melancarkan karier solo yang berjaya pada tahun 2002, Shah yang ketika itu telahpun menjadi pemuzik profesional mengambil keputusan untuk membuat kemunculan semula biarpun tanpa kehadiran Zamani. Album berjudul Slamanja diterbitkan pada tahun 2003 bagaimanapun tidak berjaya menaikkan kembali nama kumpulan ini ekoran populariti lagu-lagu Zamani yang seiring diputarkan di radio. Lagu Cintuni merupakan antara lagu Slam yang tidak menggunakan suara Zamani beroleh sedikit populariti.

Namun pasaran muzik tidak lagi sama seperti dulu, kumpulan ini terpaksa bersaing dengan lebih ramai pemuzik generasi baharu yang kebanyakkannya muncul dari underground scene. Hingga ini Slam kekal antara kumpulan muzik paling berpengaruh di Malaysia dengan jualan keseluruhan album di seluruh dunia lebih 1 juta unit. Kumpulan ini berjaya mencipta nama di Indonesia dan berdiri sebaris dengan kumpulan-kumpulan hebat Malaysia sepanjang zaman

Baru2 ini kumpulan Slam kembali beraksi dipentas, Sunday Night Rock Live di Rum Jungle, KL dan sekitar Singapura. Patik juga tidak terlepas dari menghadiri konsert tersebut. ternyata masih ada peminat2 Slam yang berdiri teguh dan menanti kemunculan kembali kumpulan pojaan malaya ini..! Jutaan terima kasih kerana menunaikan lagu permintaan patik (Rindiani) sewaktu konsert berlansung di Rum Jungle, KL. Ternayata sebagai seorang peminat fanatik kumpulan Slam, patik dan mereka-mereka yang menghadiri konsert tersebut rasa dihargai. 

P/s: Patik harap hubungan kita Kembali Terjalin.




Monday 19 November 2012

Seni Tubuh??




Sudah menjadi perkara biasa bagi kita mendengar ada orang sanggup merana kerana seni.
Skop seni itu sendiri meluas, tidak hanya tertumpu kepada seni halus, seni grafik, seni pentas mahupun seni jalanan.
Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak yang ekstrem menonjolkan kesenian dalam diri, mereka sanggup bertindak lebih jauh. Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga. 

Persembahan yang paling menarik perhatian ialah seorang wanita berambut merah berkorset kulit, digantung dengan dua cangkuk besi yang ditusuk pada kulit belakang badannya. Persembahan melampau itu hanya dua daripada koleksi mereka yang bertindak ekstrem atas nama Seni Tubuh. 

Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka. Sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh.



p/s: Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.

#Diubahsuai dari petikan hmetro.com.my

ASK '12


KEPUTUSAN Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) sudah diumumkan 9 November lalu dalam majlis yang "luar biasa" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia menjadi "luar biasa" kerana terdapat banyak sketsa fantasi dan realiti yang meleret-leret.

Banyak kalangan penggiat melihat keputusan tahun ini memihak kepada stesen televisyen Media Prima dan anak-anak syarikatnya. Lebih separuh daripada 25 kategori dipertandingkan dimenangi oleh stesen televisyen Media Prima dan anak-anak syarikatnya.

Kemenangan filem Bunohan yang diarahkan oleh Dain Iskandar Said diangkat sebagai Filem Terbaik. Tetapi Bunohan tidak memenangi kategori Pengarah Terbaik Filem. Dain tewas kepada pasangan pengarah Fariza Azlina dan Effende Mazlan menerusi filem Songlap terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd, anak syarikat Media Prima. Bagaimana sesebuah filem itu boleh dianugerahkan sebagai terbaik jika ia tidak diarahkan oleh seorang pengarah terbaik? Kalau Fazira dan Effende pengarah terbaik, kenapa filem mereka tidak terbaik? Siapa juri-jurinya yang buat kelakar ini?

Biasanya kategori lakon layar, pengarah dan filem terbaik saling berkait antara satu dengan lain. Apakah filem boleh menjadi terbaik tidak diarahkan oleh pengarah yang mampu mengawal segala tempo dalam filem itu?

Apa pula alasan juri apabila menobatkan Bella: Labour Day Special menerusi saluran ntv7 sebagai Rancangan Bual Bicara Terbaik sedangkan Liga Ilmu: Menjaga Ibu Bapa Tanggungjawab Lelaki atau Perempuan terbitan Astro turut mempunyai pengisian yang hebat juga.

ASK 2012 turut membuka penyertaan kepada stesen lain seperti RTM dan Astro. Mungkin lebih baik format ASK hanya terbuka kepada rancangan atau drama terbitan Media Prima sahaja. Malah inilah format asal ASK. Sebenarnya ASK tidak perlu melibatkan program dan drama dari stesen lain. ASK lebih kepada sebuah program untuk dimuatkan di TV3. Kerana sifatnya sebuah program bukan anugerah, tidak hairanlah tumpuan lebih kepada acara yang tidak ada kena mengena dengan anugerah. Satu lagi, penganjur kenalah umumkan siapakah juri-juri mereka.


#Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121118/hi_11/Hasil-ASK-2012#ixzz2CepoVV54
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 18 November 2012




For those who don't know yet who the owner of this "Pena Buta".. Here we go..!! ^_^

 
Well.. Known as Syazana Dahlan, I’m 24th October 1991. The only child in a  family.. I'm a working class ladies in the office and do performed as a part-time singer. Home sweet home: Bandar Mahkota Cheras, Kajang, SEL.. ♥  Art, singing, watching films, eating.. eating and eating *yummy*, worldwideweb, windows shopping and having a good time together with familia and life partnership, anything ol' skool.. White sand beaches + the crystal clear blue ocean :) photography ,obsessed  purple ♥ , writing. My soul b more easier to listen on Jazz, Blues, Standart song, Evergreen, Ska, R&B slow jams, Raggae, Indie rock house, Slow Rock and something oldies but goodies.. ^_^ .. ♥ to watch Burlesque, Step Up, The Mirrors, Bodyguard, Pisau Cukur, KAMI The Movies bla bla bla, and the most obsessed to Allahyarham Tan Sri P.Ramlee's muvies, + horror, thriller, comedy, & romantic films.. My fav. quotes: “ My dream is not juz a dream” =) Juz a simple gal who need a simple life & The joys of living day-to-day...  Love my life.. Don't want to love others... hahaha... tht's all.. =)


p/s: thank you 4 spending your time here

Live Band

"The Spextrum" is one of Kuala Lumpur two piece band, based concept on commercial repertoires of standard oldies, evergreen, ballads, country & western, jazz, blues, contemporary pop, Malay traditional and others. Songs in Malay, English, Japanese, Hindi, Chinese, Latin, Arabic, little bit of Tagalog and Siamese. So really, we're a mix of '50s, '60s, '70s, '80s, '90s till the latest one. The Spextrum original line-up performed by D&D, which is daddy & daughter, Mr. Dell & Nana +++. The Spextrum is a band with a natural working class attitude..! Mr.Dell playing role as keyboardist/pianist as well as singing for radio & television programs, hotels, executive lounges and clubs, and other night spots. Had a lot of experience through this line more than 30 years. Syazana, known as Nana/Syaz just a girl who's learned from her daddy to get into this line. Usually performed for dinner show, corporate & charity functions, weddings, birthday party, executive lounge and club, etc. One of Quater-Final Bintang RTM 2009 & Bintang Klasik Nasional '09 (RTM). The Spextrum also perform for VIP function ( The Royal of Pahang, The Royal of Kelantan, Agong's Golf Tournaments, & weddings of royal family ). Places performed: Hilton Hotel, Federal Hotel, Subang Merlin Hotel, Kuala Lumpur Merlin, Park Royal Hotel, Mines Beach Resort, Glenmaries Resort & Hotel, De Palma Hotel, & other chains of hotels. Also in Royal Lake Club, Raintree Club, Executive Japanesse Lounge, & Malaysian Petroleum Club. Six Palms Bistro, Carmens Wine and Grills, Eden Restaurants, Cerana Restaurants, Bangi Kopitiam Restaurants and many other entertainment venues. For others, MDS Production is the company that responsible for any events from The Spextrum, we provide P.A system, Mobile System & Karaoke, Live Traditional Band, Dancers, Artist and Performers, Professional sounds and musical equipment, sounds editing & recording..

do contact us through.......

Email: syazanadahlan@gmail.com / dahlansaid_55@yahoo.com