Monday 19 November 2012

Seni Tubuh??




Sudah menjadi perkara biasa bagi kita mendengar ada orang sanggup merana kerana seni.
Skop seni itu sendiri meluas, tidak hanya tertumpu kepada seni halus, seni grafik, seni pentas mahupun seni jalanan.
Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak yang ekstrem menonjolkan kesenian dalam diri, mereka sanggup bertindak lebih jauh. Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga. 

Persembahan yang paling menarik perhatian ialah seorang wanita berambut merah berkorset kulit, digantung dengan dua cangkuk besi yang ditusuk pada kulit belakang badannya. Persembahan melampau itu hanya dua daripada koleksi mereka yang bertindak ekstrem atas nama Seni Tubuh. 

Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka. Sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh.



p/s: Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.

#Diubahsuai dari petikan hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment