Monday 19 November 2012

ASK '12


KEPUTUSAN Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) sudah diumumkan 9 November lalu dalam majlis yang "luar biasa" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia menjadi "luar biasa" kerana terdapat banyak sketsa fantasi dan realiti yang meleret-leret.

Banyak kalangan penggiat melihat keputusan tahun ini memihak kepada stesen televisyen Media Prima dan anak-anak syarikatnya. Lebih separuh daripada 25 kategori dipertandingkan dimenangi oleh stesen televisyen Media Prima dan anak-anak syarikatnya.

Kemenangan filem Bunohan yang diarahkan oleh Dain Iskandar Said diangkat sebagai Filem Terbaik. Tetapi Bunohan tidak memenangi kategori Pengarah Terbaik Filem. Dain tewas kepada pasangan pengarah Fariza Azlina dan Effende Mazlan menerusi filem Songlap terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd, anak syarikat Media Prima. Bagaimana sesebuah filem itu boleh dianugerahkan sebagai terbaik jika ia tidak diarahkan oleh seorang pengarah terbaik? Kalau Fazira dan Effende pengarah terbaik, kenapa filem mereka tidak terbaik? Siapa juri-jurinya yang buat kelakar ini?

Biasanya kategori lakon layar, pengarah dan filem terbaik saling berkait antara satu dengan lain. Apakah filem boleh menjadi terbaik tidak diarahkan oleh pengarah yang mampu mengawal segala tempo dalam filem itu?

Apa pula alasan juri apabila menobatkan Bella: Labour Day Special menerusi saluran ntv7 sebagai Rancangan Bual Bicara Terbaik sedangkan Liga Ilmu: Menjaga Ibu Bapa Tanggungjawab Lelaki atau Perempuan terbitan Astro turut mempunyai pengisian yang hebat juga.

ASK 2012 turut membuka penyertaan kepada stesen lain seperti RTM dan Astro. Mungkin lebih baik format ASK hanya terbuka kepada rancangan atau drama terbitan Media Prima sahaja. Malah inilah format asal ASK. Sebenarnya ASK tidak perlu melibatkan program dan drama dari stesen lain. ASK lebih kepada sebuah program untuk dimuatkan di TV3. Kerana sifatnya sebuah program bukan anugerah, tidak hairanlah tumpuan lebih kepada acara yang tidak ada kena mengena dengan anugerah. Satu lagi, penganjur kenalah umumkan siapakah juri-juri mereka.


#Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121118/hi_11/Hasil-ASK-2012#ixzz2CepoVV54
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment